Kiranya, nama melayunya adalah kelapa kembar.
Apa itu Double Coconut sebenarnya?
Jadi..meh membaca satu cerita yang TELAH membuatkan kita akan rasa gembira sepanjang hari ini.
Apa itu Double Coconut?
Kelapa ini mempunyai bentuk yang aneh. Daunnya berbentuk kipas, mempunyai 7-10 meter panjang dan 4-5 meter lebar serta 4 meter lebar pada pelepahnya. Buah Double COCONUT ini matang mengikut ukur lilitnya dan mempunyai berat sekitar 15 hingga 30 kilogram. Buah ini juga merupakan satu-satunya pokok palma yang mempunyai biji benih paling besar didunia.
Nama sanitifiknya adaalah Lodoica Maldivica. Nama popular yang lain, sea coconut, Coco de Mer, coco fesse, love nut atau sychelles nut. Tergolong dalam FAMILY Arecaceae.
Buah Double Coconut ini tak ada tumbuh di Malaysia. Negeri jiran kita pun tak ada. Dan memang susah nak dapat jumpa buah ini kat negara kita. Apatah lagi nak tengok dengan mata kepala sendiri pokok Double Coconut ni.
Jadi, kat mana kita boleh jumpa buah Double Coconut nih?
–> Pulau Praslin – Taman Buah Ajaib
Mengikut catatan sejarah Seychelles, 5 kawasan berkelompok sahaja tertanamnya buah kelapa ajaib ini. Tetapi atas faktor pencemaran yang tidak terkawal, kini buah ajaib ini hanya boleh didapati di Selatan Prasiin iaitu “Valle” yang mengandungi 4000 pokok kelapa ajaib yang masih dapat membiak dan membuahkan kelapa baru.
Valle terletak dibahagian selatan Seychelles, 48km daripada Victoria Harbour. Inilah satu-satunya kawasan pokok DOUBLE COCONUT yang boleh ditemui setakat ini.
Pulau ini mempunyai kawasan pantai yang paling primitif serta alam semula jadi yang paling bersih dan indah.
Pakar tumbuhan pernah Dr Cruz berkata,
“Saya tidak pernah menjumpai habitat yang lebih sesuai untuk kelapa ajaib ini.”
Cerita LAGENDA tentang Double Coconut
Pada tahun 1816, semasa ahli sains Boo Boer membuat lawatan ke Pulau Praslin, dia tertarik dengan tumbuhan pelik ini. Kemudian, penduduk tempatan memberitahu beliau bahawa buah ini adalah benda larangan yang dicuri oleh Adam dan Hawa di Taman Eden dan jika salah satu “jantina” daripada pokok itu mati, pasangannya juga akan mati sekali. Jadi, Boo Boer ini pun menjadi sangat kagum sekali.
Setelah Boo Boer berkali-kali berunding dengan kerajaan Seychelles, akhirnya kerajaan Seychelles mengeluarkan permit pengeksportan dengan syarat Boo Boer hanya boleh membawa balik SATU biji sahaja. Tak boleh lebih. Beliau hampir menggunakan kesemua hartanya untuk mempromosi dan mendagangkan sebiji KELAPA AJAIB itu dan membawa pulang ke Perancis. Apabila tiba dinegaranya, berita tentang kelapa ajaib itu serta-merta menjadi berita hangat kerana buah ini jarang ditemui dan mempuai dua seks iaitu pokok jantan dan buah betina.
Apabila Boo Beer memberitahu kisah lagenda Double Coconut kepada orang awam, mereka mempercai bahawa buah kelapa ajaib ini adalah hasil cinta Adam dan Hawa. Orang Perancis juga mempercayai selepas menyentuhnya, hubungan pasangan akan diikat dengan ketat. Oleh itu, Double Coconut mendapat gelaran baru untuk lambang cinta,
“Love Nut”.
Apa lagi CERITA MENARIK tentang DOUBLE COCONUT?
merupakan Senjata Rahsia Kerajaan Afrikas daripada Double Coconut dikenali “enjin hormon semulajadi. Ia mengandungi pelbagai bahan fisiologi aktif, dan meningkatkan keupayaan lelaki. Khasiat Double Coconut yang lain juga dikatakan boleh mengawal keseimbangan fisiologi endokrin dalam badan.
Sejak awal tahun 1980-an, Double Coconut telah disenaraikan sebagai “Khazanah Negara” di Seychelles oleh Negara Seychelles. Buah Double Coconut hanya dapat dinikmati oleh kerabat diraja atau ganjaran kepada ketua danatlet cermerlang yang dikenali sebagai khazanah Negara Seychelles hebat sungguh khazanah mereka. Kini, kita pun boleh gak kalau nak makan. Tapi dengarnya harga buah “Double Coconut” in boleh tahan gak rasanya.
Menurut Maharaja Jerman Rudolf II pernah mendagangkan 250 kg emas untuk buah kelapa ajaib, tetapi ditolak oleh kerajaan Seychelles pada masa itu untuk mendapatkan Double Coconut ini.
Secara umumnya lagenda Double Coconut turut dicatatkan dalam sejarah kuno Afrika Selatan, Seychelles dan Emirates dalam meningkatkan keupayaan dan mengekalkan hubungan suami isteri demi menjaga keharmonian semua.
Sejarah Double Coconut ni memang tebukti berjaya menarik seluruh orang bumi. Khususnya bagi orang lelaki.
Lebih aneh, batang pokok ini cukup kuat untuk menampung setiap buah kelapa DOUBLE COCONUT ini yang purata setiap bijinya adalah 10-20 kg! Itu belum lagi yang 30-40kg ke atas? Wohaaa!!
Senang cakap..
Double COCONUT ini dipercayai mempunyai khasiat dan kebaikan seperti berikut:
Memberi tenaga dan stamina sepanjang hari
Menggalakkan peredaran darah
Mengaktifkan kadar metabolism
Memperbaiki masalah keletihan dan tekanan
Mengawal asid di dalam badan
Membantu kencing manis (Diabetes) dan gout
Membantu tekanan darah tinggi
Membantu buasir dan sembelit
Mengurangkan kolesterol darah
Meningkatkan keupayaan buah pinggang
Meningkatkan daya ingatan
Meningkatkan imuniti badan
Mengimbangi dan menggalakkan hormone tubuh manusia
Meningkatkan pertumbuhan otot
Gambar buah jantan dan benih betina Double Coconut
“Err..tak perlu bagitau kan yang mana jantan dan betinanya, kan?”
Kesimpulan.
Bila aku baca semua benda ni, aku rasa memang kena kongsikan pada korang semua.
Bukan selalu dapat jumpa buah-buah pelik macam ini. Buah manggis, buah durian, buah gajus itupun aku dah rasa cukup ANEH bentuknya, inikan pula buah DOUBLE COCONUT ini yang perkali-kali ganda ANEHnya.
Isi Double Coconut adalah lebih kurang sama dengan isi kelapa biasa cuma khasiatnya dipercayai agak berbeza sikit Lebih-lebih ditambah dengan cerita lagenda kat atas tu.
Cara nak makan pun, aku rasa sama aje macam buah kelapa biasa tu. Aku siap jumpa resipi Cup Cake guna buah Double Coconut ni lagi tadi. So, kalau nak buat gulai ke, rendang ke, aku rasa macam tak ada masalah. Cuma, nak dapat sebiji buah ini ajelah yang aku rasa macam susah sikit.
Tapi yang buat buah ini begitu unik adalah BENTUKnya yang sangat istimewa itu.
Serius, tepuk dahi juga aku dibuatnya. Haha..
No comments:
Post a Comment